Pelajar Dan Bekas Pelajar Sekolah_Menengah_Sains_Tengku_Muhammad_Faris_Petra

Kebanyakan bekas pelajar telah menjadi ahli-ahli professional seperti dalam bidang kedoktoran, kejuruteraan, perniaggan, ahli korporat, pegawai tinggi kerajaan, ahli akademik, dan juga ahli politik. Salah seorang ahli politik yang berjaya adalah En. Hamim Samuri (Parlimen Ledang, Johor). Persatuan Alumni dikenali sebagai SEMESTA telah ditubuhkan sebagai mengenang jasa sekolah kepada pendidikan para pelajarnya. Pada tahun 2004, SEMESTA telah mendermakan sebuah masjid (dikenali sebagai Masjid SEMESTA) yang bernilai RM600,000.00 kepada sekolah dan kariah di persekitaran SMSTMFP sebagai mengenang jasa sekolah. Kos pembinaan adalah dibiayai sepenuhnya oleh pihak alumni dan juga kutipan oleh PIBG.

Akronim alumni SEMESTA telah dipersetujui untuk ditukar kepada yang lebih mencerminkan nama sekolah dan dalam Mesyuarat Agung Tahunan 2009, akronim bari iaitu FARISAINS telah dipersetujui. Walau bagaimana pun, di dalam Mesyuarat Agung Tahunan yang diadakan pada 28hb. Januari 2012, akronim telah ditukar sekali lagi kepada FARIS PETRA dengan sebulat suara.